Kelas minggu ini
bertemakan sarapan. Kami telah diajar untuk menyediakan American breakfast. American
breakfast ini hanya terdiri daripada telur yang dapat membekalkan protein
kepada tubuh pada awal pagi. Saya telah mempelajari cara membuat omelet, French toast, pancake, sausage,
sunny side up, scrambled egg dan poached
egg. Masakan barat amat berlainan jika dibandingkan dengan masakan timur.
Masakan barat tidak di masak terlampau kering jika dibandingkan dengan masakan
timur. Sebagai contohnya, omelet, omelet hanya dimasak sekejap diatas kuali dan
telur itu masih berjus. Jika kita memasak omelet sehingga kering, ia akan
menjadi telur dadar. Selain itu, sunny side up merupakan telur mata tetapi
kuning telur itu masih dalam keadaan cair.
Kelas bermula dengan demonstrasi daripada unit 2 yang
merupakan ajk bahan. Mereka menunjukkan demo masakan dihadapan kelas dengan
tertib. Setelah itu, kami telah pergi ke unit masing – masing dan mengambil
peralatan. Setelah peralatan cukup, kami telah dibenarkan untuk mengambil bahan
masakan. Setelah yang telah dipelajari melalui demo telah saya pratikkan ketika
memasak di unit kami. Aktiviti memasak berjalan dengan lancer seperti yang
dimahukan. Selepas itu, saya telah menghidang dan unit kami telah dinilai oleh
unit lain. Segala kritikan akan kami perbetulkan pada masa hadapan.
Bagi penambahbaikkan, saya amat berharap agar pembantu
makmal tidak menganggu aktiviti pembelajaran dan pengajaran kami. Jika
dibandingkan di sekolah, pembantu makmal hanya memantau pergerakan murid dan
akan membantu sekiranya murid memerlukannya. Kawalan kelas hanya bergantung
pada seorang guru sahaja. Jika kawalan kelas di kawal oleh ramai orang, hal ini
akan menyebabkan berlakunya salah faham dalam menyampaikan ilmu pengetahuan.
Namun demikian, masalah ini tidak membataskan kegembiraan
saya sewaktu mempelajari masakan barat ini. Masalah tetap akan wujud walaupun
kita telah yakin, kita telah lakukan perkara yang terbaik. Bagi saya, dengan
segala masalah ini, kita dapat mempelajari sesuatu perkara baru. Kesimpulannya,
saya gembira dan teruja dalam mempelajari resepi masakan barat ini. Segala ilmu
yang bakal saya dapat akan saya cuba kongsikan bersama pelajar saya suatu hari
nanti. Sekian terima kasih.
cik jie :
Minggu
ini adalah minggu kedua saya memasuki kelas amali memasak. Pada minggu ini saya
mempelajari hidangan American Breakfast.
Sebelum masuk kelas. En Saiful memeriksa pelatan dan penampilan diri saya.
Kemudian saya masuk ke kelas. Sebagai AJK Peralatan, En Saiful telah
mengarahkan saya supaya menyediakan peralatan memasak untuk membuat demonstrasi
oleh AJK Tempahan bahan.
En
Saiful meminta AJK Bahan membuat demonstrasi. Semasa demonstrasi, banyak input
yang saya dapat terutamanya cara membuat poached
egg dengan betul. Dengan teknik yang salah telur kuning akan pecah dan
telur putih tidak akan mengumpal dengan baik.
Setelah
selesai demonstrasi, kami diberikan masa untuk memulakan proses memasak. En
Saiful banyak memantau dari unit ke unit untuk memastikan proses memasak
berjalan dnegan lancar. Semasa memantau, En Saiful juga boleh memberikan komen
atau teguran jika saya membuat silap contohnya omelet terlalu masak atau
pancake belum masak semasa saya mengangkatnya.
Dari
segi penambahbaikan, saya berharap beberapa langkah boleh diambil untuk
menjadikan kelas lebih lancar. Contohnya, peralatan untuk hidangan perlu
diambil sebelum kelas bermula kerana semasa demontrasi dijalankan, saya
terpaksa meninggalkan kelas untuk mengambil perlatan. Ini membuatkan saya dan
beberapa orang rakan terlepas input-input penting ketika meninggalkan kelas.
Arahan dari En Saiful dan En Wan bercanggah. Ini membuatkan pelajar keliru sama
ada perlu mengikut arahan siapa.
Saya
seronok dengan kelas amali pada kali ini kerana banyak yang dapat saya pelajari
pada kelas ini. Mempelajari sarapan pagi ala barat adalah salah satu benda yang
menarik.
1 comments:
mungkin pembantu makmal katanya (sekolah sangat) nak ngurat awak kot.. :)
Post a Comment