CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, 10 March 2013

r.E.f.l.e.k.S.I

cik mie :


Kelas minggu ini bertemakan sarapan. Kami telah diajar untuk menyediakan American breakfast. American breakfast ini hanya terdiri daripada telur yang dapat membekalkan protein kepada tubuh pada awal pagi. Saya telah mempelajari cara membuat omelet, French toast, pancake, sausage, sunny side up, scrambled egg dan poached egg. Masakan barat amat berlainan jika dibandingkan dengan masakan timur. Masakan barat tidak di masak terlampau kering jika dibandingkan dengan masakan timur. Sebagai contohnya, omelet, omelet hanya dimasak sekejap diatas kuali dan telur itu masih berjus. Jika kita memasak omelet sehingga kering, ia akan menjadi telur dadar. Selain itu, sunny side up merupakan telur mata tetapi kuning telur itu masih dalam keadaan cair.
            Kelas bermula dengan demonstrasi daripada unit 2 yang merupakan ajk bahan. Mereka menunjukkan demo masakan dihadapan kelas dengan tertib. Setelah itu, kami telah pergi ke unit masing – masing dan mengambil peralatan. Setelah peralatan cukup, kami telah dibenarkan untuk mengambil bahan masakan. Setelah yang telah dipelajari melalui demo telah saya pratikkan ketika memasak di unit kami. Aktiviti memasak berjalan dengan lancer seperti yang dimahukan. Selepas itu, saya telah menghidang dan unit kami telah dinilai oleh unit lain. Segala kritikan akan kami perbetulkan pada masa hadapan.
            Bagi penambahbaikkan, saya amat berharap agar pembantu makmal tidak menganggu aktiviti pembelajaran dan pengajaran kami. Jika dibandingkan di sekolah, pembantu makmal hanya memantau pergerakan murid dan akan membantu sekiranya murid memerlukannya. Kawalan kelas hanya bergantung pada seorang guru sahaja. Jika kawalan kelas di kawal oleh ramai orang, hal ini akan menyebabkan berlakunya salah faham dalam menyampaikan ilmu pengetahuan.
            Namun demikian, masalah ini tidak membataskan kegembiraan saya sewaktu mempelajari masakan barat ini. Masalah tetap akan wujud walaupun kita telah yakin, kita telah lakukan perkara yang terbaik. Bagi saya, dengan segala masalah ini, kita dapat mempelajari sesuatu perkara baru. Kesimpulannya, saya gembira dan teruja dalam mempelajari resepi masakan barat ini. Segala ilmu yang bakal saya dapat akan saya cuba kongsikan bersama pelajar saya suatu hari nanti. Sekian terima kasih.

cik jie :

Minggu ini adalah minggu kedua saya memasuki kelas amali memasak. Pada minggu ini saya mempelajari hidangan American Breakfast. Sebelum masuk kelas. En Saiful memeriksa pelatan dan penampilan diri saya. Kemudian saya masuk ke kelas. Sebagai AJK Peralatan, En Saiful telah mengarahkan saya supaya menyediakan peralatan memasak untuk membuat demonstrasi oleh AJK Tempahan bahan.
En Saiful meminta AJK Bahan membuat demonstrasi. Semasa demonstrasi, banyak input yang saya dapat terutamanya cara membuat poached egg dengan betul. Dengan teknik yang salah telur kuning akan pecah dan telur putih tidak akan mengumpal dengan baik.
Setelah selesai demonstrasi, kami diberikan masa untuk memulakan proses memasak. En Saiful banyak memantau dari unit ke unit untuk memastikan proses memasak berjalan dnegan lancar. Semasa memantau, En Saiful juga boleh memberikan komen atau teguran jika saya membuat silap contohnya omelet terlalu masak atau pancake belum masak semasa saya mengangkatnya.
Dari segi penambahbaikan, saya berharap beberapa langkah boleh diambil untuk menjadikan kelas lebih lancar. Contohnya, peralatan untuk hidangan perlu diambil sebelum kelas bermula kerana semasa demontrasi dijalankan, saya terpaksa meninggalkan kelas untuk mengambil perlatan. Ini membuatkan saya dan beberapa orang rakan terlepas input-input penting ketika meninggalkan kelas. Arahan dari En Saiful dan En Wan bercanggah. Ini membuatkan pelajar keliru sama ada perlu mengikut arahan siapa.
Saya seronok dengan kelas amali pada kali ini kerana banyak yang dapat saya pelajari pada kelas ini. Mempelajari sarapan pagi ala barat adalah salah satu benda yang menarik.



1 comments:

bonjour said...

mungkin pembantu makmal katanya (sekolah sangat) nak ngurat awak kot.. :)

Post a Comment